Senin, 24 Juni 2013

Cream Safi

Rp.80,000.00
Sebenarnya, sekiranya anda mempunyai kulit wajah yang lebih kering, KS akan menjadi lebih serasi dengan anda. Kulit anda akan kelihatan polos dan gebu jika terus menerus memakainya. Dan malangnya bagi anda yang berkulit seperti saya, memadai jika saya katakan ia membantu struktur kulit muka anda dan anda akan perhatikan kulit muka anda akan lebih bersih berbanding ketika anda menggunakan produk lain. Walaupun penggunaannya mengambil masa yang lama, bagi saya kesabaran yang saya tunjukkan sangat berbaloi. Saya tidak menyatakan KS merupaka krim yang terbaik di pasaran. Tetapi tidak salah sekiranya anda mencuba, kerana tidak mustahil barangan murah yang boleh didapati dimana-mana pasaraya ini dapat memperbaiki kulit wajah anda. Saya sebagai bukti nyata! Sebelum ini, saya telah mencuba pelbagai jenis produk kecantikan, daripada yang mahal sehinggalah yang murah, dan mencari keserasian kulit wajah bukanlah perkara yang senang bagi saya kerana kulit wajah saya pernah mengalami trauma akibat penggunaan produk kecantikan yang salah dan juga serangan demam campak yang agresif. Antara produk yang pernah saya gunakan: TDF (Therapeutic Dermatologic Formula) - Ini kena beli di klinik sahaja ya. Sangat sesuai untuk masalah kulit. Neostrata - Produk paling berkesan buat kulit saya. (Bayangkan dulu parut muka saya macam setan). Ini pun kena beli di klinik. Clinique - produk ni bagi saya hanya sesuai untuk maintain kulit. Untuk improve, saya tak tahu. Sebab kulit saya tak improve pape pun. Tia Amelia - Ada suatu ketika, produk ni HOTT sangat. Memang best, taaapi uols kena ingat produk ni mostly formulated from thailand, filipina. Negara ni kalau buat produk, na untung je. Chemical banyak doowhh. Natasya - Tak payahlah guna. Cantiklah kulit, tapi sebenarnya mendera. Melabur untuk kanker kulitkah? Eucerin warna hijau - Best jugak eucerin ni, jerawat tak naik. Tapi die buat pori-pori i sangat obvious. Body shop Tea tree - Tidak berkesan pun. Sedih. Dan banyak lagi. Malas nak tulis Sekarang ni, saya banyak meminimakan penggunaan produk pada wajah. Clay mask Clinique banyak lagi tak pakai. Turn around Clinique pun banyak lagi. Toner Eucerin tahun lepas punya pun belum habis. Saya hanya gunakan Pencuci muka Eversoft sahaja dan semestinya krim safi sebagai krim serbaguna saya. Bila saya kurang obses dengan wajah saya, takde pula jerawat nak naik ramai-ramai. Jadi pesan saya, jaga lebih kurang je. Tapi jangan lupe exfoliate kulit tau, saya guna neostrata 15 AHA gel plus. Best!